Saturday, December 25, 2021

Info Sahih: Penangguhan Sesi Persekolahan..

YB Menteri Pendidikan telah mengumumkan penangguhan sesi persekolahan berikutan keadaan banjir yang melanda di beberapa negeri..
  Tindakan proaktif ini juga perlu berikutan amaran hujan lebat di beberapa kawasan yang mempunyai risiko berlakunya banjir..
   Malah terdapat sekolah-sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir..
Terima kasih kepada YB Menteri dan warga KPM kerana cakna dengan keadaan yang berlaku di negara kita..

Tarikh baru bagi sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 adalah seperti berikut:
- Sekolah Kumpulan A = 09 Januari 2022
- Sekolah Kumpulan B = 10 Januari 2022

#staysafe
#KPM

Friday, November 12, 2021

Berita Baik Untuk Warga Pendidik Dan Dunia Pendidikan Malaysia!

Alhamdulillah..
Hari ini terbaca satu post menarik di page FB YB Dr. Maszlee Malik..
  YB Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen.. dan berdasarkan apa yang saya selalu baca di post page FB beliau, YB sangat konsisten memperjuangkan bidang pendidikan sejak dari beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan sehingga sekarang..
  Pendekatan beliau yang berlapang dada, prihatin, berfikiran terbuka dan sudi mendampingi warga pendidik dan pelajar amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan beliau dapat memperoleh data, maklumat yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan tindakan yang sesuai untuk menambahbaik bidang pendidikan..
  Anda boleh dapatkan gambaran awal berkenaan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen ini di page FB YB Dr. Maszlee Malik pada pautan ini:


#pembelaguru
#pendidikanuntuksemua
#martabatkanpendidikan 


Tuesday, November 9, 2021

Penjelasan Terkini Berkenaan Pembukaan Sekolah Negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

Alhamdulillah.. 
  Berikutan kekeliruan orang ramai, pihak KPM telah mengeluarkan kenyataan terkini berkenaan pengoperasian sekolah di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara..
  Diharapkan dengan kenyataan terbaru ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa berkenaan pembukaan sekolah..


Monday, November 8, 2021

22 November 2021: Bermula Sesi Persekolahan Di Sabah Dan Beberapa Negeri Lain.

Alhamdulillah..
  Pihak KPM telah mengeluarkan kenyataan rasmi..

  Sesi persekolahan di Sabah dan beberapa negeri lain yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara akan bermula pada 21 dan 22 November 2021..

  Murid yang terlibat untuk sesi persekolahan ini adalah Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah, pelajar yang terlibat adalah Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.. Anda boleh merujuk garis panduan pengoperasian sekolah Fasa 4 di sini : Sekolah Fasa 4

  Diharapkan pihak sekolah dan ibu bapa dapat melakukan persiapan sewajarnya..

Jom ke sekolah!

Anda boleh rujuk kenyataan media dari pihak KPM di sini : Kenyataan Media KPM

Saturday, November 6, 2021

Channel Telegram

Alhamdulillah..
  Berkat perkongsian idea sahabat2, saya telah mewujudkan channel di Telegram bagi memudahkan perkongsian info dan bahan2..
  Jom join channel Telegram saya.. klik pada pautan ini: Telegram 

Pembukaan Semula Sekolah Bagi Negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara

Alhamdulillah..
  Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri berkenaan, Sabah dan beberapa negeri lain bakal memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara pada 8 November 2021..

  Justeru, dalam post kali ini, saya nak share sedikit info berkenaan pembukaan sekolah bagi negeri yang memasuki Fasa 4..

  Sukacita dimaklumkan, pihak KPM telah menetapkan tarikh pembukaan sekolah adalah 2 minggu daripada tarikh sesuatu negeri memasuki sesuatu fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.. Keputusan ini dibuat bagi memberi ruang kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk melakukan persiapan sewajarnya sebelum sekolah dibuka..

Terdapat beberapa peringkat pengoperasian sekolah dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini..

Peringkat 1..
Sama seperti pengoperasian sekolah Fasa 3 PPN

Peringkat 2..
Sekolah Rendah
Hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran:
1) Murid Prasekolah.
2) Murid Berkeperluan Khas (MBK) di SKPK dan PPKI.

Hadir ke sekolah dengan penggiliran:
1) Murid Tahun 1, 2 dan 3.

Sekolah Menengah
Hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran:
1) Pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2.
2) Pelajar Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.
3) Pelajar kelas peperiksaan antarabangsa (IBD Tahun 2, IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate).
4) MBK di SMKPK/SMPKV dan PPKI.
5) Pelajar kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STAM, STPM) dan pelajar Tingkatan 3 dan 4 di sekolah berasrama sepenuhnya.

Hadir ke sekolah secara penggiliran:
1) Pelajar kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STAM, STPM, peperiksaan awam yang setara) dan pelajar Tingkatan 3 dan 4 di sekolah harian/sekolah swasta.


Peringkat 3..
Hadir secara bersemuka tanpa penggiliran:
Sekolah Rendah - Semua murid termasuk Prasekolah dan MBK

Sekolah Menengah
1) Pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2.
2) Pelajar Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.
3) Pelajar kelas peperiksaan antarabangsa (IBD Tahun 2, IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate).
4) MBK di SMKPK/SMPKV dan PPKI.
5) Semua pelajar di sekolah berasrama sepenuhnya.

Hadir secara penggiliran:
Semua pelajar termasuk institusi pendidikan swasta.

Diharapkan info yang dikongsikan dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk membuat persiapan sewajarnya..

Jom ke sekolah!

Monday, November 1, 2021

Terkini: Kehadiran Murid Kelas Peperiksaan Tiada Penggiliran 8 November 2021 ..

Berita baik untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan..
   Sekiranya lebih 90% pelajar kelas peperiksaan telah menerima vaksinasi yang lengkap, mereka dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 8 November 2021..
    Manakala pelajar kelas peperiksaan yang belum mencapai 90% kadar vaksinasi lengkap akan terus hadir ke sekolah dengan penggiliran ..

Berikut saya kongsikan kenyataan media daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan senarai institusi pendidikan bawah KPM dan institusi swasta yang belum mencapai 90% kadar vaksinasi lengkap:


Senarai institusi pendidikan bawah KPM yang belum mencapai 90% kadar vaksinasi lengkap dan pelajar perlu hadir secara penggiliran:


Senarai institusi pendidikan swasta yang belum mencapai 90% kadar vaksinasi lengkap dan pelajar perlu hadir secara penggiliran:

Wednesday, October 27, 2021

Garis Panduan Pembukaan Sekolah Di Sabah (Fasa 3 PPN)

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

    Berikut saya kongsikan garis panduan pembukaan sekolah di Sabah (Fasa 3 PPN).. 

Semua kategori murid dan pelajar yang tersenarai di bawah perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran..


Sekolah Rendah:

1) Semua murid Prasekolah;

2) Murid Berkeperluan Khas (MBK) di SKPK dan PPKI.


Sekolah Menengah:

1) Pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2;

2) Pelajar PraUniversiti di Sekolah Sukan Malaysia;

3) Pelajar kelas peperiksaan antarabangsa (IBD Tahun 2, IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate);

4) Pelajar Berkeperluan Khas di SMKPK/SMPKV dan PPKI;

5) Pelajar kelas peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STAM dan STPM serta peperiksaan antarabangsa yang setara di sekolah harian/sekolah swasta dan sekolah berasrama sepenuhnya.


Diharapkan info di atas dapat disebar luas agar ibu bapa, murid dan pelajar dapat membuat persediaan dan hadir ke sekolah seperti biasa.

Selamat kembali ke sekolah dan mencapai kejayaan!



Sunday, October 17, 2021

2 Minggu Tempoh Persediaan

 Seperti yang dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini, pihak sekolah diberikan tempoh 2 minggu sebagai persediaan pembukaan sekolah.

Kenyataan media telah dikeluarkan untuk memudahkan pihak sekolah dan orang ramai agar tidak berlaku kekeliruan.




Diharapkan dengan kenyataan ini dapat membantu pihak sekolah dan orang ramai membuat persediaan sewajarnya.

Sudah pasti guru-guru tidak sabar untuk mengajar secara bersemuka kerana dapat memberi didikan dan bimbingan secara terus kepada murid-murid kesayangan. 


Tuesday, October 5, 2021

Kertas Garisan

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. diharapkan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.

    Entry kali ni, saya nak share berkenaan "Kertas Garisan". Kertas garisan ni macam buku garis 4. Memandangkan ibu bapa menghadapi kesukaran mencari buku garis 4 di pasaran, saya mengambil inisiatif ini untuk membuat "kertas garisan" yang mempunyai konsep sama dengan buku garis 4.

    Kertas garisan ini dapat digunakan oleh anak-anak yang ingin memperbaiki tulisan. Garisan biru adalah garisan yang terdapat pada mana-mana buku latihan/kertas jawapan peperiksaan manakala garisan merah adalah garisan bayangan untuk menulis huruf besar dan huruf kecil. Berikut adalah gambar "kertas garisan" yang saya maksudkan:

    
    Tuan, puan boleh download kertas ini dengan "right click" gambar di atas dan tekan "save image as" (format png). Selain ini, tuan/puan boleh download kertas garisan ini (format pdf) dengan menggunakan pautan ini : Kertas Garisan

    Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak tuan/puan memperbaiki dan memperkemaskan tulisan mereka. Terima kasih 😀

Kongsikan kepada mereka yang lain supaya lebih ramai mendapat manfaat 👍

Sunday, August 22, 2021

Bahasa Inggeris - Langkah 2 : Kata Nama (Singular And Plural) Part 3

 Sambungan...

"This" dan "These"

Nota:

1) This digunakan untuk merujuk satu benda yang berdekatan dengan kita. Contoh:

This is my book. (Ini buku saya).

2) These digunakan untuk merujuk beberapa benda yang berdekatan dengan kita. Contoh:

These are my books. (Ini buku-buku saya).


"It's" dan "They're"

1) It's (It is) merujuk kepada satu benda/makhluk selain manusia.

2) They're (They are) merujuk kepada beberapa benda/manusia.

Bahasa Inggeris - Langkah 2 : Kata Nama (Singular And Plural) Part 2

 Sambungan....

1) Singular:

Kita gunakan "a" atau "an" sekiranya bilangan sesuatu subjek adalah satu.


2) Plural:

Kita perlu ubah atau tambah beberapa huruf di hujung subjek sekiranya subjek tersebut melebihi satu.


Contoh:

1) An apple = merujuk kepada sebiji epal

2) A cat = seekor kucing

3) 2 teachers = 2 orang guru

4) 4 foxes = 4 ekor musang

5) 3 tomatoes = 3 biji tomato

6) 2 babies = 2 orang bayi

7) 5 knives = 5 bilah pisau


Plural Noun (lebih dari satu subjek dan boleh dikira)

Rule 1:

- untuk kebanyakan kata nama, kita hanya tambah "s" di hujung perkataan tersebut untuk menunjukkan bilangannya melebihi 1.

Contoh: There are 2 teachers.


Rule 2:

- kita tambah "es" di hujung perkataan apabila perkataan tersebut berakhir dgn "s", "ss", "sh", "ch", "x" dan "o".

Contoh:

4 buses

2 dresses

Many bushes

4 witches

3 foxes

6 potatoes 


Rule 3:

- kita tambah "ies" untuk perkataan yang hujungnya konsonan+y dan "y" perlu digugurkan.

Contoh:

2 big lorries (2 lori besar)

3 butterflies (3 rama-rama)


Rule 4:

- kita tambah "ves" untuk perkataan yang hujungnya ada huruf "f" dan "fe" dan huruf2 tersebut perlu digugurkan.

Contoh:

2 wolves (asal: wolf)

3 knives (asal: knife)


Rule 5:

Perkataan berikut perlu ubah ejaan sekiranya bilangannya melebihi satu:

1) man - men

2) woman - women

3) policeman - policemen

4) foot - feet

5) tooth - teeth

6) goose - geese

7) mouse - mice


Rule 6:

Huruf "en" ditambah sekiranya bilangan perkataan berikut melebihi satu:

Child - children

Ox - oxen


Rule 7:

Terdapat juga perkataan yang tidak berubah ejaan walaupun bilangannya sama ada satu atau lebih dari satu. Contohnya:

Fish - fish

Deer - deer

Sheep - sheep

Moose - moose

Salmon - salmon

Species - species

Barracks - barracks

Headquarters - headquarters 

Dice - dice

Shorts - shorts

Trousers - trousers 

Pyjamas - pyjamas

Pants - pants

Scissors - scissors 


Plural Noun (lebih dari satu subjek dan tidak boleh dikira)


Bagi subjek yang tak boleh dikira bilangannya, ejaan TIDAK berubah. Contoh:

Rice

Water

Grass

Hair

Sugar

Sand


Latihan:

Tukar perkataan singular berikut kepada plural.

1) mosquito =

2) branch =

3) glass =

4) strawberry =

5) puppy =


Selamat mencuba ✌️

Wednesday, July 21, 2021

Matematik - Jadual Tambah

 Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kepada anda semua. Semoga kita semua dirahmati dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt..

Post kali ini saya nak share berkenaan "Jadual Tambah". Konsep jadual tambah adalah seperti jadual sifir di mana anak-anak perlu menghafal setiap penambahan dan jumlah nilai tambah..

Kelebihan jadual tambah ini adalah anak-anak anda lebih pantas mencongak berbanding kiraan biasa. Selain daripada itu, jadual ini boleh digunakan untuk mencongak nilai tolakan dengan cara terbalikkan susunan jadual tersebut. Rujuk contoh berikut:

1) 1 + 1 = 2

Terbalikkan susunan : 2 - 1 = 1

2) 10 + 12 = 22

Terbalikkan susunan : 22 - 12 = 10

3) 9 + 8 = 17

Terbalikkan susunan : 17 - 8 = 9


JADUAL TAMBAH










Anda boleh download dan print Jadual Tambah di atas dan bantu anak-anak untuk menghafal..

Selamat mencuba 😃💪✌


Tuesday, June 22, 2021

Bahasa Inggeris - Langkah 2 : Kata Nama (Singular And Plural) Part 1

                 Kata nama dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nouns. Secara asasnya, Nouns terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Singular - satu benda
  2. Plural - lebih daripada satu benda (perlu tambah huruf 's' atau 'es' di belakang noun)
Contoh :

Singular = I have a cat. (Saya ada seekor kucing)

Plural = I have two cats. (Saya ada dua ekor kucing)

Perhatikan contoh bagi Plural, saya tambah huruf 's' di belakang perkataan cat bagi menunjukkan terdapat lebih daripada seekor kucing.

Latihan:
  1. He has many book/books.    (Dia ada banyak buku)
  2. She has a brother/brothers.   (Dia ada seorang abang)
  3. Aiman has three pen/pens.    (Aiman ada tiga batang pen)
  4. Julia has a bicycle/bicycles.  (Julia ada sebuah basikal)
Jawapan:
  1. books
  2. brother
  3. pens
  4. bicycle

Bahasa Inggeris - Langkah 1 : Pengenalan Kepada Kata Nama (Nouns)

     Dalam post kali ini, saya akan guide berkenaan langkah pertama yang perlu ibu bapa dan murid-murid laksanakan untuk belajar Bahasa Inggeris.

Langkah tersebut adalah ibu bapa atau murid-murid bolehlah melabel benda-benda yang terdapat dalam rumah anda seperti kerusi, almari, meja, peti ais dan sebagainya dalam Bahasa Inggeris.

Label tersebut mestilah terang dan jelas. Tidak perlu complicated. Selepas itu, pastikan anda menghafal ejaan setiap benda yang telah anda label bersama-sama anak anda.

Rumusan :

  1. Label benda yang terdapat di dalam rumah anda dengan Bahasa Inggeris.
  2. Pastikan anda dan anak anda menghafal ejaan benda yang telah anda label dalam Bahasa Inggeris.
  3. Selalu uji ingatan anak anda dengan bertanyakan ejaan setiap benda yang telah anda label.
Selamat mencuba...


Contoh:




Monday, June 21, 2021

Blog Disclaimer...


Blog Disclaimer!


This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. 

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.


Downloadable Files and Images

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. 

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file.


Comments

Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :

- Comments deemed to be spam or questionable spam.

- Comments including profanity.

- Comments containing language or concepts that could be deemed offensive.

- Comments containing hate speech, credible threats, or direct attacks on an individual or group.


The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.

Credit : Blog Disclaimer Example



Sunday, June 20, 2021

About me....

 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya..

Nama saya Afiq.. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah.. Pengkhususan saya adalah Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani..

Berasal dari Kedah dan sekarang bertugas di Sabah..

Di blog ni, saya nak kongsi serba sedikit pengetahuan dan info berkenaan pembelajaran terutamanya bagi subjek Bahasa Inggeris. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu murid-murid dan ibu bapa di luar sana untuk meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris..

Terima kasih dan selamat membaca..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt and a very good evening to all..

Thank you very much for your visit to my blog..

My name is Afiq.. I am a teacher at primary school.. My major is in Science and minors are English and Physical Education..

I am from Kedah and currently teaching in Sabah..

Here in this blog, I want to share some knowledge and info about learning especially in English subject.. I hope these sharing can help students and parents out there to improve their English proficiency..

Thank you and happy reading..

Pepperstone